14 February 2008

Awas pelbagai helah BN, petugas PAS digesa berwaspada

Iskandar Abdul Samad

Thu | Feb 14, 08 | 8:09:49 am MYT


Berdasarkan beberapa perkembangan di peringkat nasional dan di Pandan, saya menjangkakan pilihan raya kali ini adalah yang terkotor dan mungkin terganas sejak 1969. Mungkin senario-senario seperti ini akan berlaku.

Bayangkan di satu malam ketika petugas-petugas kita di sebuah bilik gerakan sedang tidur lena, beberapa buah kenderaan yang membawa samseng-samseng Umno tiba. Mereka turun dari kereta dan terus menyerang bilik gerakan itu. Memecah masuk, memukul para petugas dan memecahkan apa saja yang ada.

Seorang dari petugas sempat menelefon polis dan polis tiba dengan segera. Walau bagaimanapun anggota polis yang tiba hanya menyaksikan kejadian tersebut dari jauh. Membiarkan petugas-petugas kita dibelasah dan membiarkan samseng-samseng Umno beredar setelah meninggalkan petugas kita parah dan bilik gerakan kita ranap.

Dalam senario kedua, seorang yang dikenali sebagai penyokong PAS telah ke barong SPR untuk menyemak namanya ketika hari mengundi dengan menyerahkan MyKad beliau. Petugas SPR yang sememangnya seorang ahli Puteri Umno mengambil MyKad itu dan berpura-pura hendak menyemaknya di dalam pejabat. Tetapi beliau tidak kembali dan akhirnya penyokong kita tidak dapat mengundi.

Senario ketiga pula lebih kurang sama dengan senario ketiga. Tetapi kali ini pihak polis, sama ada yang beruniform atau tidak, telah menyerbu petugas-petugas kita yang sedang menampal poster. Mereka telah merampas MyKad petugas-petugas kita dan segala usaha untuk mendapatkannya balik gagal. Akhirnya petugas-petugas kita tidak dapat mengundi.

Andaian-andaian saya ini bukanlah tidak berasas. Kerana sejak akhir-akhir ini, pihak polis di Pandan nampaknya bersungguh-sungguh mengganggu program-program kita.


Yang Dipertua PAS Pandan

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes