
Sambutan yang saban tahun dijalankan ini sejak tahun 2003 lagi menunjukkan perkembangan yang positif. Rata-rata mahasiswa baru yang ditemui masih belum mengenali MARSIS dan SEMISSA. Namun, respon yang cukup baik diterima daripada mahasiswa baru ini.

Hendri Hamsah, Presiden Marsis apabila ditemui di LCCT menyatakan "Tujuan utama kita mengadakan sambutan ini saban tahun, adalah memastikan kebajikan mahasiswa baru yang baru menjejakkan kaki ke bumi semenanjung terjaga. Seringkali berlaku, mahasiswa yang mengalami masalah seperti kurang arif selok belok untuk menuju ke tempat pengajian. Ini yang perlu kita bantu."
Beliau menambah, "Di harapkan selepas ini, kita dapat mengumpulkan mahasiswa sabah, sarawak yang belajar di semenanjung untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mahasiswa yang berada diperantauan dan pelbagai aktiviti dan program yang menarik akan di adakah khusus untuk mahasiswa sabah dan sarawak"
Sambutan 3 hari tersebut berakhir dengan lancarnya dan diharapkan selepas ini akan ada aktiviti susulan yang menghimpunkan mahasiswa baru sabah sarawak. Untuk lebih mengenali MARSIS dan SEMISSA. Bolehlah melawati blog rasmi MARSIS (http://family-marsis.blogspot.com) dan SEMISSA (http://semissa.blogspot.com).
Salam perkenalan dan Selamat Menempuh Alam Kampus dari MARSIS dan SEMISSA buat ANDA !
0 comments:
Post a Comment