Suasana ketika sambutan pelajar baru tahun lalu |
Oleh : Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Berita baik buat semua bakal mahasiswa dari Sabah dan Sarawak yang akan melanjutkan pendidikan di pusat pengajian tinggi di semenanjung Malaysia.
Buat sekelian kalinya, gabungan dua persatuan utama persatuan mahasiswa dari Sabah (MARSIS) dan Sarawak (SEMISSA) akan meraikan kedatangan anda di lapangan terbang utama di negara ini bermula Jun dan Julai depan.
Naib Presiden Marsis, Muhammad Saipul Sommi berkata, MARSIS dan SEMISSA akan menyambut kedatangan bakal masiswa dari kedua-dua negeri itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Menurutnya, mereka juga akan menyediakan kaunter khas di lapangan terbang berkenaan sebagaimana kelaziman sebelum ini.
“Ini merupakan antara aktiviti tahunan MARSIS bersama SEMISSA bagi memastikan kebajikan bakal mahasiswa yang bertandang ke semenanjung Malaysia akan lebih cermat dan teratur,” katanya kepada erapakatan.com.
Saipul turut memberitahu, wujud kes sebelum ini apabila warga Sabah dan Sarawak yang pertama kali datang ke semenanjung mengalami kesukaran kerana kurang arif berhubung lokasi institusi pengajian yang mereka ditawarkan.
Selain itu, katanya, dengan aktiviti seumpama itu akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka bersama bakal mahasiswa itu seterusnya meluaskan jaringan perhubungan warga dari Sabah dan Sarawak yang berada diperantauan.
“Apa yang paling penting, pastikan semua dokumen penting dikemaskini dan telah disusun agar proses pendaftaran dan pengurusan lebih mudah bila berada di sini dan menghubungi pihak MARSIS dan SEMISSA lebih awal sebelum berlepas ke sini,” tambahnya.
MARSIS dan SEMISSA merupakan persatuan yang berpusat di semenanjung Malaysia dan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak.
Persatuan yang ditubuhkan oleh warga dari Sabah dan Sarawak sejak tahun 1990 itu sehingga kini dianggotai kira-kira 5,000 ahli serta memiliki cawangan di setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh Malaysia termasuklah SEMISSA yang anggota keahliannya berada di Mesir dan United Kingdom.
Keterangan lanjut boleh terus berhubung dengan saudara Saipul di talian 013-211 8513, saudari Azlinah (013-222 1804) dan saudara Mohammad Syukrani Bin Addi Saiful Rizal Voon ditalian (013-8832372)

Sumber : LINK
0 comments:
Post a Comment