Program akan datang: Hari Raya Haji bersama Family MARSIS!
Akan datang! sekitar November ini, insyaAllah Family MARSIS akan mengadakan sambutan Lambaian Hari Raya Korban atau dikenali sebagai LAMBAN. Berkemungkinan besar, LAMBAN kali ini akan diadakan di 3 tempat mengikut zon tertentu iaitu Zon Bangi (sekitar USIM), Zon Pantai Timur dan Zon Utara.
Catatan IBJ 2011: kelahiran baru "Duta Islam"!
Di dalam konsep Sedekah, si pemberi sedekah lebih banyak menerima (balasan), berbanding si peminta sedekah. Tetapi, di dalam Islamic BORNEO Jamboree, orang yang memberi tarbiah mendapat balasan dari Allah sama banyak dengan orang yang meminta ditarbiah! malah mendapat lebih lagi kerana Allah itu Maha Pemurah.
[Event] Perkhemahan Islamic BORNEO Jamboree 2011
Alhamdulilah, sekali lagi, Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) akan menganjurkan Perkhemahan Islamic BORNEO Jamboree pada 14-16 Oktober 2011 (3 Hari 2 Malam) bertempat di Janda Baik, Kuantan.
Tahniah dan Selamat bergraduasi!
Kepulangan kalian di nantikan di Bumi Sabah bawah bayu. Moga ada RUANG akan terisi, ada KHIDMAT bakal di beri
Artikel: Agen Pemikir atau Agen Perubahan?
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
10 January 2014
BLOG FAMILY MARSIS TELAH BERPINDAH
06 February 2013
Memaknakan Masa Muda
09 January 2013
Tazkirah Malam Cinta Rasul
Assalamualaikum, terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat MARSISian semua dan pengunjung blog ini..tentang tema kita bulan Dzulhijjah ini..Iaitu sambutan maulidurrasul..9 Jan 2013..
Apa yang menarik?
Majlis Malam Cinta Rasul ini dianjurkan oleh beberapa badan kerajaan dan syarikat yang bukan alang-alang kata orang Sabah. Yang paling best, dirakam oleh TV Al-Hijrah. Dihadiri oleh Tim Perdana Menteri, Tan Sri Muhidin Yasin..JAKIM, JAWI, dsbg..
Kami , yakni saya dan sahabat bertolak ke sana sebelum Maghrib kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan..Maklumlah hari bekerja ni sesak banyak..
Kami lepak di surau stadium, eh lupa..program ini buat di Stadium Badminton Cheras..So, dalam pukul 9 mlm baru kami masuk, dewan dah gemuruh dengan suara pukulan gendang dan kompang dan suara berselawat..mengumumkan ketibaan Syeikh Abd Al Qadir As Seghaf.. semua hadirin berdiri..
beberapa minit berselawat, Syeikh pun da naik pentas bersama Habib Ali, semua duduk. MC majlis mengambil peranan..Bla bla ..bla..
Mula la berqasidah..nak katanya, majlis malam ni dipenuhi dalam masa dua jam setengah dengan qasidah..Panjang juga tu..^^..tapi tak terasa sebab, mood para hadirin adalah berzikir dan berselawat!
30 minit sebelum tamat, Habib ali memberi tazkirah..yang ni nak kongsi...sangat2..
Habib Ali memberikan kata-kata nasihat yang paling indah seumur hidup..Manakan tidak, melalui tazkirah tu, saya baru sedar bahawa kehadiran ke majlis zikir begitu adalah kerana terpilih oleh ALLAH dengan RahmatNya..Allah nak bersihkan diri kita dari dosa-dosa kita sebelum ni..Alhamdulillah..sayu dengar tentang hakikat ni..
keduanya, dia menceritakan kenapa Allah tak pernah panggil nama Nabi s.a.w dengan panggilan namanya secara terus dalam al-Quran sebagaimana dipanggilnya para anbiya' selain baginda..kerana..rupanya nama Rasulullah s.a.w ini agung ..dan nak tahu namanya diletakkan di mana?seiring dengan nama ALLAH dalam syahadah..Allah..
Biasanya kita puji orang yang kita puja, dan orang itu akan teruja, tapi ini orang yang kita puja tidak teruja kita pula yang teruja. Sedangkan kita tidak boleh menguku had kecintaan Nabi s.a.w ini..dikisahkan dalam riwayat Saidatina Aisyah Rdhiallahu 'anha..setiap malam Nabi s.a.w akan bertahajud dan menangis sepanjang tahajjud . Lantai masah, peha basah..Lalu Ummul Mukminin bertanya, kenapa berbuat seperti itu sedangkan Nabi s.a.w adalah maksum tidak berdosa, di ampunkan dosanya yang lalu dan akan datang, baginda menjawab , ' Bukankah aku ini hamba yang bersyukur? , kemudian baginda berdoa untuk Saidatina Aisyah r.a. tadi agar diampunkan dosanya yang dahulu, sekarang dan akan datang pada hayatnya. Saidatina Aisyah r.a merasa sangat teruja. Baginda lantas bertanya, ' Apakah kamu teruja wahai Aisyah?', Jawab nya..,'mestilah Ya Rasulullah..sebab saya telah didoakan keampunan dosa sepanjang hayat..!', jika kamu nak tahu, itulah doa ku untuk ummatku setiap malam..Allah..
Ha......nak bagitahunya, part ini..ramai hadirin yang sebak dan menangis..penuh syadu ayat tersebut, sangat mengharukan ..
Kecintaan nabi terhadap umatnya tidak dapat dibilang kerana Baginda amat menyayangi umatnya melebihi diri sendiri. Ketika peristiwa Taif, baginda melarang malaikat untuk menghempapkan penduduk Taif gunung uhud kerana mereka kata baginda, mungkin akan ada dari keturunan mereka akan beriman! Dan benar, selepas beberapa lama, datang kabilah dari Taif berbaiah dengan Nabi s.a.w dan menyatakan keimanan. Allahu akbar..
Baginda menyayangi umatnya ketika nyawa dikandung badan, ketika dalam sakaratulmaut, ketika alam barzakh, dan ketika di padang mahsyar..Kata Baginda yang mafhumnya, 'carilah aku di tiga tempat ( tiian sirat, timbangan mizan, dan Telaga Al-Kauthar) yang mana di sana aku pasti akan ada untuk memberikan syafaat kepada umatku..'..
Ketika umatnya ada yang terhumban ke dalam neraka, baginda akan mengeluarkan umatnya dengan syafaatnya..
Tinggal lagi ..kita umat Baginda..berapa kali kita ingat akan Baginda ?
Selawat kita berapa kerat sehari?
Sunnah Baginda kita tahu dan amal x?
Tak nak banyak cakap..cukuplah soalan ini mengakhiri tulisan ini. Sebagai cetusan, sebagai muhasabah. Susahnya nak cari masa untuk berkenalan dengan Nabi s.a.w, kita terlalu banyak urusan duniawi yang sedikitpun takkan bagi syafaat dengan kita.
Seruan saya, jika ada majlis-majlis zikir seperti ini..datanglah ..kerana ia majlis agung yang jika didoakan padanya oleh para Habaib yang berkat, di aminkan oleh malaikat yang menaungi majlis ILMU ,dan Rahmat Allah terpalit pada yang hadir..Allahu ta'ala A'lam..
Sekian,
Exco Pembangunan Modal Insan
Kalau ada yang terhumban ke neraka(
07 January 2013
Buatmu Pencinta Dakwah!
Kita Serupa Aja bah..^^,
Nukilan ini khas buat kita-kita insan Borneo..saat ini kita bersama membawa jasad ke Tanah Semenanjung. Untuk menjalani kehidupan yang lebih mencabar. Best kan dapat berjalan-jalan di sini? Apa-apa pun, kita kena ingat kepayahan mak ayah kita untuk hantar kita ke sini..untuk belajar yang pastinya.
Seperti saya dulu, bapa tidak hantar saya sampai ke UIAM pun. Tapi dia hantar saya dengan nasihat-nasihat dan harapan-harapan yang banyak dan yang amat berguna. Dengan kasih sayang itu, saya mampu bertahan xminta pulang XD!
Saya cuba survive dengan nasihat-nasihat mereka, cikgu-cikgu di sekolah menengah. Asam garam yang mereka kongsikan buat saya terlebih memilih untuk berhati-hati berkawan. Walau pada dasarnya saya kawan saja siapa pun.
Petua paling ampuh. Jaga solat kita. Allah akan terus menerus menjaga kita.Allah pelihara kita.
Kalau diuji apa-apa ujian, benda-benda yang menyakitkan begitu. Jangan lepaskan tekanan dengan membuat benda yang tidak berfaedah , tapi carilah ALLAH..
Akhir sekali, kini ambang peperiksaan. Buat yang terbaik. Kerana kita ini wakil atau boleh saya umpamakan DUTA Sabah. Kelak , sekembalinya kita di Sabah kitalah yang akan mengisi kemajuan dan intelektual masyarakatnya.
Asal dari kampung!
Nah hadiah buat kamu yang serupa denganku..HambaNya..
Jangan lupa skodeng2 aktiviti dakwah di Sabah..=)
21 November 2012
Sumbangan buat GAZA
01 September 2012
SELAMAT DATANG !
Teringat saya kepada firman Allah yang bermaksud : “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya ” – Surah Al-Baqarah,ayat 269
Ilmu ini adalah anugerah daripada Allah buat semua hambaNYA.Tambah-tambah lagi kepada yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.Pencarian ilmu tidak terhad dalam bilik kuliyah sahaja atau dikampus.Ulama’ terdahulu lebih banyak bermusafir dan mencari sumber ilmu selain daripada pengajian utama.Kita adalah musafir yang berkelana atas tanah ini untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat bukan hanya kepada diri kita sendiri tetapi bernilai dan bermanfaat kepada yang lain juga.Islam sangat menuntut kita agar tidak berputus asa dalam mendapatkan rahmat dan maghfirah daripadaNya.Cara terbaik adalah dengan menjadikan ilmu sebagai usaha untuk menghampiri cinta Allah.
Sehubungan dengan itu,saya dan seluruh kepimpinan MARSIS Pusat sekali lagi mengalu-alukan kedatangan para musafir ilmu ke Semenanjung,Sarawak dan Luar Negara dengan harapan agar ilmu yang kita pelajari dapat dimanfaatkan untuk Islam di negeri kita nanti.Mudah-mudahan doa dan nasihat yang ibu bapa kita titipkan mengiringi kita sepanjang hayat dan kesempatan yang diberikan kepada kita.
Akhir kalam,sekali lagi “ Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum ” dan tidak terlewat untuk mengucapkan “ Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin ” kepada semua mahasiswa samada baru mahupun yang lama.Bersama kita meneruskan misi perjuangan Rasulullah agar menjadikan ilmu sebagai saham akhirat yang bernilai disisi Allah.Insya’ Allah. Wassalam.
Siti Rosinah,
Timbalan Presiden MARSIS.
29 July 2012
Jelajah Dakwah Sabah - penyeri Ramadhan ummah
katakanlah "pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. DIA memiliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (39:44)
Dg Siti Khairunnisa Ismail
Exco Perhubungan & Penerangan MARSIS 11/13
10 Ramadhan 1433 H
Tawau, Sabah.
26 June 2012
Jelajah Dakwah Sabah 2012
"Kalau hanya berdakwah, kita memang bisa, tapi apakah kita bisa CINTA dengan dakwah? Sedang CINTA itu perlu pengorbanan, waktu, tenaga dan harta" - KH. Rahmat Abdullah.
Dengan nama Allah, menyahut misi Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) iaitu "Memperkasakan program dakwah di peringkat mahasiswa Islam Sabah khususnya" serta "mengoptimumkan penggunaan kepakaran ahli di lapangan masyarakat", MARSIS dengan kerjasama Sabah Care akan mengadakan program jelajah sambil berdakwah. Bermula dari Kota Kinabalu - Ranau - Sandakan - Tawau - Keningau - Sipitang - Beaufort, dan kembali semula ke destinasi asal - Kota Kinabalu.
TANPA YURAN! Ingin menyertai? Maklumat lanjut, sila hubungi Saudari Rosinah - 019 537 2085 . Penyertaan adalah TERHAD
28 May 2012
[Nota Usrah] bersama sahabat MARSIS Melaka
[Nota Usrah]
27 Mei 2012.
19 April 2012
PTPTN : ANTARA HAK DAN PERJUANGAN
Bila bercakap soal perjuangan dan pendidikan,saya teringat kepada isu yang sedang berlaku sekarang ini.Rentetan daripada demonstrasi mahasiswa pada 14 April yang lepas,sehingga kini hari ke-7 mahasiswa masih bertahan untuk terus berkampung sehingga BERSIH 3.0 pada 28 April nanti.PTPTN merupakan isu sensitif yang diperjuangkan oleh mahasiswa sejak awal penubuhannya.Kenaikan ‘bunga’ pada setiap pinjaman itu sudah menjadi riba kerana melebihi 3% daripada jumlah yang sepatutnya pada hukum syara’.Memetik kata Ustaz Zhaharudin “ Qardhul Hasan atau pinjaman tanpa sebarang faedah boleh digantikan dengan sistem yang ada.Usahakan dahulu pinjaman dengan keluarga atau kerabat sebelum berfikir untuk menggunakan PTPTN sebagai jalan ”.
Pendidikan percuma sewajarnya menjadi hak semua individu.Bukan sahaja hak itu kepada murid sekolah rendah,pelajar sekolah menengah tetapi jua kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi.Malaysia mesti belajar daripada Sweden,Chile,Brazil,China,Scotland,Brunei Darussalam,Argentina,Norway,Greece,Mauritius,Finland dan Jerman.Brunei,contohnya.Memberikan peluang sepenuhnya kepada rakyatnya seawal usia 5 tahun untuk menerima pendidikan percuma sehingga mendapat segulung ijazah.Bukan kerana negaranya itu kecil dari sudut demografi dan struktur sosial Malaysia tetapi kerana pentadbirannya yang kemas dan tersusun untuk menjadikan rakyatnya berpendidikan sehingga kadar buta huruf menurun.
Pandangan peribadi saya berhubung pendidikan percuma ini ialah pentadbiran Malaysia mesti mempunyai satu sistem yang komprehensif agar tidak berlaku ketirisan besar dalam pengurusan kewangan.Hutang para peminjam PTPTN yang dikatakan sebanyak 27.5 billion itu tidak standing dengan kos projek-projek besar kerajaan yang masih belum diketahui bagaimana statusnya.Pendidikan percuma yang rakyat berhak perolehi ialah 0% yuran pengajian disamping harga barang yang stabil dan munasabah sesuai dengan kadar pendapatan rakyat kelas bawahan.Pilihan kerajaan ada dua.Menukar sistem sedia ada PTPTN yang berunsurkan riba’ kepada qardhul hasan atau memansuhkannya terus dan menggantikan dengan sistem biasiswa yang nyata lebih efisyen.
Sehubungan dengan itu,saya menyeru kepada semua mahasiswa dan anak muda yang masih lagi buntu dalam membuat pilihan terbaik agar sedaya upaya berusaha dahulu agar tidak mempunyai sesalan yang berpanjangan.Islam miliki banyak jalan penyelesaian yang terbaik.Pilihan demi masa depan ada pada kita.Caranya hanya dengan buat pilihan terbaik.Samada susah dahulu senang kemudian atau susah dahulu susah jua kemudian.Saya yakin,seandainya pemimpin sedia ada sudi mendengar suara rakyat marhaen pasti tidak akan berlaku penindasan dan kezaliman yang nyata kepada rakyat.Lazimnya seorang peminjam membayar hutangnya tetapi jika adanya riba’ dosa itu lebih berat kepada orang yang memberi pinjaman.Iklan ‘Kami bukan ALONG’ sentiasa disiarkan tetapi tanpa sedar rupanya PTPTN menjadi ALONG.Marilah kita bersama mendidik rakyat agar sentiasa peka dengan hak kita.
Akhir kata dari saya,suka saya membawakan kepada anda semua firman Allah ini : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya ” ( Ayat 90 : Surah an-Nahl ).
Mudah-mudahan kita sama mempertahankan hak dan pendirian daripada terus dicabuli pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai tambahan,saya selitkan beberapa laman sesawang untuk anda kunjungi sebagai rujukan :
1. http://www.gov.bn/bm/Services/Categories/Pages/Education.aspx - Brunei Darussalam
2.http://www.ntnu.edu/studies/financing-and-scholarships - Norway
3.http://www.daad.de/ausland/index.en.html - German
4.http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/531-ptptn-hukum-a-kos-perkhidmatan.html - Ustaz Zaharudin Abdul Rahman.
Presiden MARSIS,
Mohamad Matassian bin Ogus
20 March 2012
HARGAI DIRIMU SEBAGAI WANITA~
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan di mata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar
lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak di kala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA
TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana